“Biasalah ucapan retorik politik, parti A kata parti B, jadi kita tidak perlu ambil ‘port’ sangat,” itu kata Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’Dr Mohd Khairuddin Aman Razali tadi.

Menurutnya ahli politik ikut cara yang telah ditunjukkan melalui teladan daripada Al-Quran.

“Pertama sekali kena ikut cara Al Quran, cara politik matang, ikut budaya politik matang sejahtera, seperti Surah Taha ayat 44.

“Ayat berkenaan menjelaskan Nabi Musa dan Nabi Harun berhadapan dengan firaun bercakap dan menegur untuk menerima Islam.

Itu yang mengajarkan kita untuk bersuara lunak secara rakan politik mahupan pihak lawan,” katanya semasa sidang media majlis penutup Nadwah Ilmuan Muslim di sini hari ini.

Selain itu, Dr Khairuddin berkata ahli politik perlu berjiwa besar bukannya berhati tisu atau mudah sentap.

“Kita jangan termakan provokasi atau berjiwa tisu, sebaliknya kita bawa idea yang jelas dan biar rakyat pilih ketika pilihan raya umum (PRU) atau pilihan raya negeri (PRN),” katanya.

Tamat