56 DUN, dan 46 kerusi kini didahului oleh Barisan Nasional di Pilihan Raya Negeri Johor walai belum mendapat angka rasmi.

Mungkin berbagai faktor menyebabkan corak angka berubah antaranya pengundi muda serta kehadiran pengundi baru yang didaftarkan secara automatik oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Sedikit sebanyak corak pengundi baru serta calon muda bakal memberi cabaran buat PRN Johor.

Calon wanita juga dikira sebagai salah satu faktor yang perlu dititikberatkan. Ini kerana jumlah undi wanita juga sangat tinggi.

Namun jumlah angka sebenar masih lagi belum mendapat kepastian rasmi. Segalanya mungkin terjadi pada saat-saat akhir perkiraan undi nanti.

Tamat