Rakyat Johor kini mula bersuara menentukan masa depan negerinya. Seawal jam lapan pagi mengiringi hening terbit matahari semuanya berkobar-kobar dengan calon pilihan masing-masing di hati.

Anda penentu masa depan anda, samada mahukan perubahan mahupun berada di takuk lama, bagaikan ayam bertelur riuh sekampung.

Undi anda menentukan ke mana hala tuju negara selepas ini. Hadirlah ke hadapan dan jalankan tanggungjawab jawab sebagai rakyat.

Satu cap jari anda bukti saksi anda dihadapan mahkamah Allah Taala. Ini kerana pemimpin yang dipilih akan bersama pengikutnya nanti di akhirat kelak.

Undi anda menentukan siapa korup bakal berdepan hukuman, ataupun terus bermaharajalela dengan agenda korupsinya.

Mengangkat martabat rakyat, mahukan menyembunyikan harta dan memakan hak rakyat yang diamanahkan kepadanya itu keperluan anda sebagai pengundi menentukannya.

Janganlah hanya bising sahaja, tanpa menentukan siapa pilihan anda. Anda penentu dasar apa yang bakal dibawa kepada anda.

Mahu tidak mahu, itu tugas kita sebagai pengundi, selepas ini termeterailah siapa didalam kabinet Johor.

Tamat