Statistik Suruhanjaya Pilihan Raya menunjukkan hanya separuh pengundi yang keluar mengundi pada hari membuang undi semalam.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, 54.92 peratus pengundi telahpun membuang undi.

“Pada PRU Dewan Negeri Johor Ke-15 kali ini, seramai 1,426,453 orang atau 54.92 peratus telah keluar mengundi.

“Jumlah tersebut
meliputi jumlah pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi pos yang telah mengundi,” katanya melalui kenyataan media semalam.

Melalui perinciaan ini, sekali gus menunjukkan kehadiran pengundi amat kurang, sekitar 45.08 pengundi tidak keluar bagi menunaikan hak mereka.

Ini sekali gus menunjukkan perbezaan julat angka yang begitu besar di dalam PRN Johor kali ini.

Tamat