Seakan ramai terkejut melihat tajuk berkenaan namun itulah yang berlaku hari ni apabila Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengumumkan beliau keluar dari PAS bermula hari ini.

Beliau berkata, tindakannya itu selari Fasal 15(1)(a) Perlembagaan PAS iaitu keberhentian ahli dengan permintaan sendiri dengan ia sudah dimaklumkan kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam pertemuan di Bangunan Parlimen, pada jam 2.30 petang tadi.

Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS itu bagaimanapun enggan mendedahkan alasan berhubung pendiriannya itu, selain menegaskan beliau akan menjadi Ahli Parlimen Bebas.

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS atas peluang menjadi ahli selama 33 tahun, sejak 1989 dan seterusnya menjawat pelbagai jawatan kepemimpinan sejak 1999.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada PAS yang memberi peluang untuk dicalonkan pada pilihan raya, seterusnya menjadi Ahli Parlimen Kuala Nerus sejak 2013,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Walaubagaimanapun beliau akan menyerahkan semua elaun jawatan sebagai ahli Parlimen kepada PAS.

“Saya akan menyerahkan semua elaun jawatan sebagai ahli Parlimen kepada PAS yang berbaki sehingga PRU 15 mengikut baiah,”

Tamat