Akibat sengaja memalsukan dokumen diploma bagi memperolehi lesen Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), seorang bekas juruteknik sebuah jabatan kerajaan di negeri ini didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh mengaku bersalah selepas Hakim Dazuki Ali menjatuhkan hukuman apabila pertuduhan selesai dibacakan mahkamah.

Beliau juga memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. Muhamad Muslim yang tidak diwakili peguam melunaskan denda berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mengemukakan dokumen palsu berupa sijil Diploma Rekabentuk Dalaman palsu atas nama adiknya bagi tujuan menipu untuk mendapatkan lesen SPKK.

Perbuatan itu didakwa dilakukan Muhamad Muslim di daerah ini pada 26 Disember 2019.

Tamat