Masih lagi menjadi misteri apabila persoalan berkenaan siapa Menteri Besar Johor yang bakal dilantik selepas tamatnya PRN kelmarin.

Walaubagaimanapun jawapan namanya mungkin sudah diputuskan apabila Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tergesa-gesa meninggalkan Bangunan UMNO, sebentar tadi.

Turut meninggalkan bangunan tersebut ialah Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad kira-kira pukul 4.30 petang.

Walaupun masih menjadi misteri namun tiga pemimpin berkenaan bergerak ke kediaman rasmi Menteri Besar di Saujana, di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid hadir ke Bangunan UMNO pukul 2.30 petang bagi mengadakan pertemuan bersama Mohamad dan Hasni sebelum meninggalkan premis pukul 2.50 petang untuk menghadap Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Setelah hampir satu jam menghadap Sultan Johor, Ahmad Zahid kembali semula ke Bangunan UMNO untuk menyambung perbincangan bersama Mohamad dan Hasni.

Terdahulu, Hasni memberitahu, pelantikan Menteri Besar Johor ke-19 adalah bergantung kepada hasil pertemuan Pengerusi BN menghadap Sultan Ibrahim, petang tadi.

Tamat