Israel seperti tidak menghiraukan perikemanusian apabila terus menyerang orang awam tanpa senjata di Tebing Barat.

Terbaru tenteranya sengaja menembak mati ua penduduk Palestin dalam dua kejadian berasingan di Tebing Barat, hari ini, kata Kementerian Kesihatan Palestin.

Dalam kejadian pertama, seorang remaja berusia 16 tahun maut ditembak tentera Israel ketika melakukan serbuan di luar bandar Nablus, kata sumber.

Nader Haitham Rayan, 16, terkorban di kem pelarian Balata, berhampiran Nablus selepas ditembak pada bahagian kepala, dada dan tangan, kata kementerian.

Ia bagaimanapun tidak memberikan maklumat lanjut mengenai keadaan kematiannya.

Dalam insiden yang sama, tiga lagi penduduk dilaporkan cedera dengan satu daripadanya disahkan cedera parah.

Sementara itu, mangsa kedua pula merupakan penduduk Palestin berusia 20-an, yang terbunuh di Qalandiya, luar Baitulmuqaddis.

“Alaa Shaham, meninggal dunia selepas terkena tembakan rambang,” kata kementerian.

Tamat