PASIR PUTEH: Alfatihah buat isteri Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II (MAFI) Wan Sofiza Eliana Wan Yusof, 30-an meninggal dunia kira-kira jam 1.05 petang ini di Ampang Selangor.

Melalui satu posting di laman Facebook rasmi beliau, memaklumkan isteri sudah kembali ke Rahmatullah.

“Al Fatihah, isteri saya Wan Sofiza Eliana bin Wan Yusof baru menghembus nafas terakhir jam 1.05 petang,”

Semalam pada lontaran di Facebooknya, Dr Nik Zawawi yang juga Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS memohon doa keajaiban umat Islam buat isterinya yang sedang tenat melawan penyakit kanser.

Menurut sumber keluarga arwah meninggal dunia di Taman Kosas, Ampang meninggalkan tiga anak hasil perkongsian hidup dengan Ahli Parlimen Pasir Puteh.

“Jenazahnya dijangka tiba di Masjid Melawi, Bachok jam 10 pagi esok. Allaharham baru dikesan menghidap kanser dua tiga bulan lepas,” katanya di sini.

Sementara itu Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Dato’ Seri Ahmad Hamzah turut memaklumkan rakan sejawatnya kehilangan isteri tercinta.

Katanya, semoga roh Allahyarham Wan Sofiza dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. –

Tamat