Belum redha isu panas seorang wanita yang berkelakuan jelik, menyumpah seranah serta memaki hamun pekerja di sebuah kedai serbaneka 24 jam, tiba-tiba sekali lagi wanita berkenaan sengaja mencurah minyak bagi mencari publisiti murahan.

Sebelum ini, viral wanita berkenaan dipanggil dalam sebuah rancangan televisyen tempatan sehingga menyebabkan netizen mengecam untuk memboikot stesyen TV tersebut akibat sengaja mencari publisiti melalui imej Kak Long 7E.

Namun Kak Long 7E seakan tidak mengambil sebarang pengajaran apabila melalui rakaman siaran langsung Facebook, kali ini dia seolah-olah mengajuk cara berjalan seorang orang kelainan upaya (OKU).

Menerusi video tersebut, wanita berkenaan dilihat seperti mengulang balik komen yang dilontarkan oleh orang ramai sambil berjalan senget berserta melakukan riak wajah yang pelik.

Sehubungan itu, ramai yang mula mengecam tindakannya dan menganggap sebagai biadab kerana terlalu taksub mengejar populariti sehingga sanggup melakukan sesuatu perkara yang memalukan diri sendiri.

“Malu la jadi mak kalau perangai macam ini, patutlah anak pun lebih kurang bahasanya, kalau yang patut tunjuk contoh baik pun gagal jaga adab,” komen seorang pengguna.

“Kalau Allah bagi cacat terus, baru dia insaf mungkin, berubahlah cepat, dari awal bulan cerita pasal mak cik ini tak habis-habis, dah kena kecam, minta maaf, esok video baru lagi, kecam lagi,” ujar pengguna yang lain.

Tamat