“Laporan polis ini sebagai pengajaran, diharap dia ‘Kak Long 7E insaf dan bertaubat,” itu kata sekumpulan orang kurang upaya yang diwakili oleh Persatuan Pembangunan Orang Kurang Upaya Anggota Terengganu (POKUAT) membuat satu laporan polis kelmarin.

Mereka OKU terasa begitu marah apabila dipersendakan oleh individu yang digelar Kak Long 7E yang bertindak seakan mengejek golongan berkenaan laman satu sesi live di laman Facebooknya.

Oleh itu Fakhruddin Zakaria mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu jam 9.58 pagi semalam selepas dia menerima beberapa hantaran video melalui aplikasi WhatsApp.

Menurutnya, video berkenaan memperlihatkan wanita terbabit melakukan penghinaan terhadap golongan OKU dengan mempamerkan aksi pergerakan badan dan mimik muka keterlaluan.

Menurutnya, laporan polis dibuat bagi memberi kesedaran kepada wanita itu bahawa perlakuannya yang mengajuk dan mempersendakan OKU adalah amat keterlaluan dan mengguris hati mereka secara keseluruhannya.

“Tindakan wanita terbabit yang tidak sensitif terhadap perasaan OKU mengakibatkan timbulnya rasa marah apabila kami dihina oleh seseorang yang semata-mata ingin meningkatkan popularitinya di media sosial.

“Kami menggesa kerajaan supaya segera menggubal atau mewujudkan akta yang membolehkan mana-mana individu atau pihak yang menghina golongan OKU dalam apa bentuk sekalipun dikenakan tindakan undang-undang,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, pihaknya berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut menyekat akaun sosial media wanita berkenaan.

Selain itu, tindakan wanita terbabit meminta maaf selepas membuat satu-satu video dan kemudiannya menerima kecaman adalah tidak wajar.

“Apabila salah mohon maaf dan kemudian ulangi lagi dan perbuatan seperti ini amat tidak bersesuaian melainkan wanita terbabit dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

Terdahulu, satu video berdurasi 31 saat memaparkan Kak Long 7E, menunjukkan mimik muka serta perwatakan seperti OKU tular di media sosial, sejak beberapa hari lalu.