“Tunggulah habis tahun. Bolehkan, bukan jadi masalah pun, yang nak jadi awal tu yang jadi masalah. Pasal apa nak kelam kabut,” itu kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Menurutnya ia bagi membolehkan semua pihak bertanggungjawab, melaksanakan tugas masing-masing demi kesejahteraan rakyat.

“Kedah tidak akan membubarkan DUN sehingga tamat penggal sama seperti Kelantan dan Terengganu.

Oleh itu Kedah tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan dalam tempoh terdekat.

Keputusan itu diambil bagi membolehkan kerajaan meneruskan kerja pentadbiran dan menguruskan negeri seperti yang sudah dirancang.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi turut berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak akan membubarkan Parlimen dan mentadbir kerajaan sedia ada sehingga tamat penggal.

Dalam masa yang sama, beliau turut menafikan keputusan tidak membubarkan DUN adalah disebabkan takut kepada kekalahan.

“Kenapa nak takut kalah? Kita kan berlawan, dan Pas pun bukannya tak biasa kalah. Lama dah kita kalah, jadi buat apa nak takut? Yang penting kita lawan dulu,” katanya.

Tamat