Sebelum PRU 15 diadakan taraf kesihatan rakyat adalah lebih penting serta persediaan terhadap sistem kesihatan awam.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, penentuan waktu yang sesuai adalah penting bagi memastikan persediaan kesihatan, terhadap PRU 15.

“Sempadan negara akan mula dibuka pada 1 April dan mahu lihat kesannya kerana kita jangka pembukaan ini akan dibuat dengan selamat dan tiada tekanan terhadap sistem kesihatan awam.

“Apa yang kita tidak tahu adalah kewujudan varian baharu yang mungkin muncul, ini perkara yang kita masih pantau kerana sekarang kita maklum bahawa Omicron ada sub unit.

“Jadi saya mahu lihat selepas 1 April apabila lebih banyak kelonggaran seperti solat tarawih (tanpa penjarakan), hari raya (Aidilfitri) sama ada kes melonjak naik atau tidak,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Media Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU2021) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, pada Jumaat.

Pada masa sama, Khairy menyambut baik saranan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar tarikh PRU15 ditentukan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Perkara tersebut perlu terus dibincang sebab dari segi ‘timing’, pemilihan parti sebelum akhir tahun ini. PRU sepertimana disebut oleh Presiden (Ahmad Zahid) tadi diserah kepada Perdana Menteri untuk tentukan kerana kuasa Perlembagaan, pembubaran pada Yang di-Pertuan Agong perlu diambil kira.

“Perkara itu masih dinamik. Saya sudah sebut sebagai Menteri Kesihatan, wajar kita tangguh dahulu (PRU15) sehingga keadaan kesihatan awam stabil.

Tamat