Kelihatanya Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seakan mendesak untuk mengadakan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan.

Menurutnya, tempoh itu bersandarkan tempoh akhir melalui Perjanjian Bersama (CA) antara kerajaan dan parti pembangkang pada 31 Julai ini.

“Umno tidak menekan Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen kerana menghormati keputusan Kabinet yang dianggotai pelbagai parti selain Barisan Nasional (BN).

“Kami memahami peraturan dan Perlembagaan kerana Perdana Menteri perlu bawa perkara ini dalam mesyuarat Kabinet sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah).

“Soal waktu sama ada sebelum atau selepas Julai akan dijadikan pertimbangan politik untuk Perdana Menteri tentukan,” katanya dalam sidang media selepas Perhimpunan Agung Umno 2021 (PAU 2021), di Pusat Dagangan Dunia, semalam.

Selain itu turut persetujuan supaya pemilihan parti itu hanya dibuat dalam tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan.

“Keputusan yang paling besar yang perlu dibuat segera bahawa pemilihan parti akan ditangguhkan. Pemilihan parti adalah dalam masa enam bulan selepas PRU15.

“Saya minta Perdana Menteri perhatikan sikit jika kita tulis (surat) kepada RoS (Pendaftaran Pertubuhan) jangan ada pula yang menghalang keputusan parti sebab menterinya bukan daripada UMNO. Susah kita nanti.



“Maka perkara ini telah selesai. Apa yang kita takut hadapi PRU selepas selesai pemilihan parti diadakan kerana sejarah menunjukkan bahawa setiap kali ada pemilihan parti perpecahan memang berlaku.

“Kita tidak mahu parti kita dalam keadaan yang sudah baik ini bergeseran dan berpecah dan menghadapi pula PRU dalam masa yang sama,” katanya.

Pada masa sama Ahmad Zahid memaklumkan lima pemimpin utama Umno akan terus berbincang mengenai hala tuju parti dan isu rakyat sekurang-kurangnya setiap satu bulan setengah.

“Saya ingin mengesahkan kami tidak berpecah, ‘Top Five’ selalu bertemu sekurang-kurangnya sebulan sekali, presiden timbalan presiden dan tiga naib presiden bertemu.

“Saya berkongsi maklumat dengan rakan-rakan dalam politik ataupun jawatankuasa. Kita juga ada pasukan ‘task force’, yang memikirkan isu-isu yang dibangkit.

“Ingin saya nyatakan di sini, yakinlah, selagi ‘Top Five’ bersatu hati sentiasa mengadakan perbincangan insya-Allah. Kelima-lima kami akan menjaga parti dan memberikan keutamaan pada akar umbi,” katanya.

Katanya, bagaimanapun pertemuan antara Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden Umno itu tidak didedahkan kepada umum.

Tamat