Mengejutkan, namun itulah yang sudah dirancang pemimpin DAP, Lim Kit Siang apabila mengambil keputusan untuk tidak lagi bertanding pada PRU 15 ini.

Ahli Parlimen berumur 81, itu, berkata dia dia berundur daripada dunia politik ketika berucap pada Kongres Kebangsaan DAP ke-17 di IDCC Shah Alam, hari ini.

“Saya mengambil peluang ini untuk mengumumkan persaraan saya daripada politik. Saya menarik diri daripada bertanding pilihan JTP (jawatankuasa pemilihan) hari ini. Sila padamkan nombor 39 daripada senarai calon JTP anda.

“Saya juga tidak akan bertanding pada pilihan raya Parlimen atau negeri pada masa hadapan. Saya telah berada dalam parti selama 56 tahun. Dua hari lalu adalah ulang tahun ke-56 parti kita.

“Selama ini, saya melihat bagaimana parti kita berkembang daripada sebuah parti pembangkang kecil yang mengambil bahagian pertama kali dalam pilihan raya umum 1969, sehingga menjadi sebuah parti politik utama yang berjaya menubuhkan kerajaan Persekutuan,” katanya.

Tamat