Ibu-bapa dan pelajar tahun satu pastinya antara yang paling teruja apabila pertama kali menghadirkan diri ke sesi pertama hari persekolahan hari ini.

Sekitar 2.7 juta pelajar daripada 7,778 buah sekolah kini memulakan sesi persekolahan mereka secara bersemuka bagi tahun 2022 – 20

23Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin berkata, daripada jumlah berkenaan seramai 30,000 orang merupakan pelajar kolej vokasional manakala bakinya sekolah rendah.

“InsyaAllah jika kita lihat pada hari ini, kehadiran di sekolah-sekolah khususnya dalam kalangan murid tahun satu adalah cukup baik dengan mengambil kira situasi semasa.

“Apa yang penting adalah untuk kita pastikan segala pematuhan yang telah ditetapkan dapat dipatuhi dengan baik, oleh guru, murid dan seluruh warga sekolah,” katanya selepas mengadakan lawatan hari pertama sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Syed Idrus, Chemor, di sini hari ini.

Tamat