Kadang-kala sesuatu yang datang sukar diramal. Makanan kalau didala mulut sekiranya bukan rezeki kita pasti terkeluar jua.

Itu antara peristiwa yang berlaku kepada tujuh mangsa kemalangan apabila sedang enak menikmati juadah makan malam tiba-tiba dirempuh sebuah kereta jenis Honda HRV di sebuah restoran di Jalan Klang Lama semalam.

Menurut sumber daripada Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan empat wanita yang sedang makan di restoran itu.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.19 malam dan sepasukan anggota bomba yang tiba di tempat kejadian mendapati sebuah kereta jenis Honda HR-V terbabas lalu merempuh restoran serta melanggar kereta jenis Perodua Axia dan Lexus.

“Kesemua mangsa yang tidak mengalami kecederaan serius diberi rawatan awal di lokasi kejadian dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut. Punca rempuhan sedang disiasat,” katanya.

Tamat