Tragedi nahas pesawat sering kali berakhir dengan kematian, itu yang turut menimpa 132 penumpang China Eastern Airlines terhempas di pergunungan di selatan China, semalam.

Menurut satu laporan media antarabangsa, semua penumpang termasuk krew pesawat semuanya maut dalam nahas udara berkenaan .

Ketika kejadian, pesawat domestik itu dalam perjalanan dari bandar Kunming di barat daya China ke Guangzhou, bandar yang bersempadan dengan Hong Kong.

Setakat ini, punca nahas masih belum diketahui.

China Eastern Airlines dalam satu kenyataan mengesahkan pesawat berkenaan terhempas dan memberikan talian hotline untuk makluman kepada waris.

Media yang memetik sumber pasukan penyelamat berkata, pesawat itu berkecai dan ia menyebabkan kebakaran yang memusnahkan kawasan pokok-pokok buluh.

The People’s Daily yang memetik sumber jabatan bomba melaporkan tiada tanda ada mangsa terselamat.

Pesawat itu, dengan 123 penumpang dan sembilan kru, sebelum itu terputus hubungan ketika di Wuzhou, menurut Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) dan syarikat penerbangan.

Pesawat itu berlepas dari Kunming pada 1.11 tengah hari (waktu tempatan), menurut data FlightRadar24 , dan dijadualkan mendarat di Guangzhou, pada 3.05 petang (waktu tempatan).

Tamat