Perangai celakanya UMNO semakin terserlah sedikit demi sedikit apabila terbaru terdapat seorang perwakilan UMNO yang melabelkan pemimpin PAS sebagai ‘jahanam’ ketika membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO, Sabtu lalu.

Setengahnya dari UMNO masih enggan berubah dan masih lagi dengan sifat tamak haloba mereka terutamanya yang terlibat dengan cluster mahkamah.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata tindakan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Kelantan, Datuk Zawawi Othman menggunakan menggunakan perkara frasa ‘jahanam’ itu amat melampau dan keterlaluan.

“Saya menolak kenyataan itu (tiga jahanam) yang saya anggap sebagai melampau. Kita hormati semua parti politik, (dalam masa sama) tak bolehlah kita label dan kita letak istilah (kurang baik).

“Bagi saya, itu hak PAS lah, parti lain tak boleh campur (urusan parti). Tak perlu kita labelkan (orang) seperti itu yang saya rasa tak begitu manis,” katanya.

UMNO pernah jatuh terduduk suatu ketika, bagaikan anjing tersepit, bila dilepaskan mahu menjadi samseng pula kini.

Sabtu lalu, Zawawi dilaporkan berkata, UMNO Kelantan menganggap parti itu tidak boleh bekerjasama dengan PAS selagi ada tiga pemimpin yang masih memimpin.

Tamat