Moto GP satu nama besar dalam sukan permotoran dunia kini dilihat mengiktiraf khidmat bomoh hujan wanita Rara Istiani Wulandari dari Indonesia, Bali.

Melihat kepada ritual yang dilakukanya nyata mencuri tumpuan dunia apabila Moto GP sendiri turut berkongsi kisah itu di laman Twitter rasminya.

Imej bomoh hujan Rara mengenakan jaket berwarna merah dan hitam sambil berjalan berkaki ayam di atas trek memang membangkitkan rasa ingin tahu kepada semua penonton termasuklah para pelumba dan kru pit yang ada di pit stop.

Melalui satu laporan media tempatan, Rara atau nama sebenarnya Raden Roro Istiati Wulandari, lahir di Papua pada 22 Oktober 1983. Rara berdarah jawa dan kini menetap di Bali.

Beliau mempelajari ilmu menjadi pawang hujan semenjak dirinya berusia 9 tahun, Rara akan membawa alat-alat khusus miliknya sepanjang ritual ‘hentikan’ hujan berlangsung.

Selain itu Rara cukup terkenal dan sering diundang bagi ‘menghentikan hujan’ di acara-acara besar di Indonesia. Antaranya adalah program vaksinasi nasional, kempen pilihan raya Jokowi dan pembukaan Asian Games 2018 di Jakarta-Palembang.

Menjadi bomoh hujan di MotoGP, Rara menerima bayaran cukup lumayan! Dia mendapat hampir ratusan juta rupiah (RM300,000) sepanjang tempoh 21 hari bekerja.

Tamat