“Sultan Ibrahim memperkenankan Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli EXCO diadakan pada Sabtu ini (26 Mac) , di Balai Mengadap Istana Bukit Serene. Menjunjung kasih Tuanku,” itu kata Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, dalam satu posting di Facebook rasmi miliknya tadi.

Menurut beliau Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sudah memperkenankan senarai barisan Ahli Majlis Kerajaan Negeri (EXCO) bagi dilantik dan mengangkat sumpah.

Kerajaan negeri dijangka akan memperkenalkan barisan Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan negeri yang baharu pada Sabtu ini.

Sebelum ini, Sultan Johor bertitah supaya calon-calon Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang bakal dilantik perlu membuat pengisytiharan harta.

Tamat