Siapa sangka kasih sayang haiwan kepada manusia mampu bertahan begitu lama, sehingga tak terungkap dengan kata-kata. Itulah perkara pelik yang berlaku kepada Patrick Conley, di North Carolina.

Kelihatanya pelik, namun Allah telah menunjukkan kuasanya dengan mencampakan kasih sayang diantara makhluknya manusia dan seekor beruang.

Sekitar 2017, Patrick Conley telah memutuskan untuk ‘berkawan’ dengan seekor beruang yang kemudian diberi nama Simone. Mereka dikatakan telah berjumpa pada musim panas tahun itu ketika Simone dikatakan berjalan di sekitar hutan.

Beruang berkenaan dikatakan kerap datang ke rumahnya apabila Patrick kerap menyediakan makanan untuk Simone di garaj rumahnya selama sekitar empat tahun.

Namun hal yang berlaku tidak bertahan lama apabila beruang berkenaan Simone mula menghilangkan diri dalam satu tempoh yang agak lama.

Walau bagaimanapun kemunculan semula Simone setelah sekian lama menghilangkan diri membuatkan Patrick terkejut. Hal ini kerana Simone datang melawatnya bersama dengan anaknya.

Melihat Simone yang datang bersama dua ekor anaknya membuatkan Patrick terharu dan memutuskan untuk merakam momen manis berkenaan.

“Anak beruang adalah hal yang paling comel yang pernah berjalan di hutan ini,” tulis Patrick dalam penerangan vide0nya.

Pada awal video, anak-anak kecil itu dilihat agak malu tetapi ibu mereka seolah-olah menyuruh mereka untuk keluar dari semak.

Patrick berasa gembira sekali kerana tidak menyangka Simone akan kembali memperkenalkan anak-anaknya kepadanya.

Tamat