“Dengan adanya pasukan tempur baharu ini serta askar sedia ada di negara-negara Baltic dan Poland, ia bermaksud NATO akan mempunyai lapan pasukan antarabangsa bersama-sama dengan sayap timur perikatan ini,” itu kata semalam.

Menurutnya ketua-ketua negara (NATO) dijangka bersetuju untuk mengerahkan empat pasukan tempur baharu ke sayap timur perikatan itu bagi memperkukuhkan pertahanan sebagai tindak balas terhadap serangan Rusia ke atas Ukraine.

“Saya menjangkakan para pemimpin NATO akan bersetuju untuk mengukuhkan kedudukan di setiap domain dengan pengukuhan utama sayap timur perikatan di darat, udara dan laut.

Perikatan itu itu akan mengerahkan tentera ke Bulgaria, Hungary, Romania dan Slovakia bagi bersiap sedia terhadap sebarang kemungkinan bagi mengatasi konflik Rusia Ukraine.

Sementara itu, Stoltenberg berikrar untuk menyediakan sokongan tambahan kepada Ukraine bagi berdepan dengan ancaman senjata nuklear dan kimia dari Moscow.

“Esok (hari ini), saya menjangkakan kesemua negara ahli akan bersetuju untuk menyediakan bantuan tambahan termasuk bantuan keselamatan siber serta peralatan bagi membantu Ukraine melindungi negara itu daripada ancaman senjata biologi, kimia, radiologi dan nuklear,” ujar beliau.

Pihak berkuasa Ukraine sebelum itu menuduh Rusia menggunakan senjata fosforus putih di bandar Kramatorsk di tengah-tengah kebimbangan bahawa ia meningkatkan lagi ancaman ke atas penggunaan senjata kimia.

Meskipun fosforus putih sama sekali tidak dianggap sebagai senjata kimia, bahan itu terbakar dengan kuat dan boleh menyebabkan kecederaan serius selain penggunaannya terhadap orang awam merupakan satu tindakan jenayah perang.

Susulan itu, Stoltenberg memberi amaran kepada Moscow berhubung larangan penggunaan senjata itu dalam peperangannya dengan Ukraine sambil menekankan kesediaan NATO untuk melindungi dan mempertahankan ahlinya daripada ancaman pada bila-bila masa.

“Rusia perlu menghentikan serangan senjata kimianya. Ia amat berbahaya dan tidak bertanggungjawab.

“Sebarang penggunaan senjata nuklear secara asasnya akan mengubah sesebuah konflik.

“Moscow perlu faham bahawa perang nuklear tidak boleh berlaku dan mereka tidak akan memenangi perang itu,” tegas Stoltenberg.

Tamat.