Negara EU dan Amerika kini semakin tertekan apabila Russia kini hanya menerima bayaran gas asli dengan menggunakan mata wang rubel.


Menurut laporan akhbar Daily Mail, langkah itu adalah tindak balas Kremlin selepas beberapa negara Barat mengenakan pelbagai sekatan ke atas Rusia.

“Rusia akan terus membekalkan gas asli mengikut volum dan harga yang telah termeterai dalam kontrak sebelum ini.

“Satu perubahan yang berlaku adalah Rusia hanya akan menerima bayaran dalam mata wang rubel bagi beberapa negara, bersesuaian dengan sekatan yang dikenakan mereka ke atas Kremlin,” tegas Putin.

Senarai negara ‘tidak mesra’ adalah termasuk Amerika Syarikat, Britain, Jepun, Kanada, Norway, Singapura, Korea Selatan, Switzerland dan Ukraine.

Tambah Putin, sekatan yang dikenakan oleh Barat telah memusnahkan kepercayaan Moscow untuk bekerjasama dalam banyak hal termasuk perdagangan antarabangsa.

Harga gas borong di Britain untuk penghantaran hari-hari akan datang meningkat sebanyak 18 peratus manakala harga musim sejuk 2022 meningkat 11 peratus.

Putin berkata, kerajaan dan bank pusat mempunyai masa seminggu untuk mencari penyelesaian tentang cara memindahkan operasi itu kepada mata wang Rusia manakala syarikat gergasi gas, Gazprom akan diarah membuat perubahan yang sepadan dengan kontrak gas.

Perubahan kontrak itu mungkin bermakna pelanggan Eropah perlu merundingkan semula perjanjian yang kebanyakannya dalam mata wang euro.

Tamat