Makin membimbangkan, artis nasyid juga menanam pokok ganja di sebuah kondominium sebagai tujuan pengedaran di Kota Damansara pada Khamis lalu.

Kegiatan yang dipercayai dijalankan hampir dua bulan itu berjaya dikesan menerusi serbuan yang dijalankan sepasukan anggota dan pegawai polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya kira-kira jam 5.30 petang.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata siasatan awal dijalankan mendapati pokok ganja yang ditanam tersebut merupakan kegunaan sendiri.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata siasatan awal dijalankan mendapati pokok ganja yang ditanam tersebut merupakan kegunaan sendiri.”Pemeriksaan dijalankan menemukan tiga pokok ganja di dalam satu almari kain berwarna hitam. Polis juga menemui 13 lagi pokok ganja di sebuah bilik dan satu pasu yang diletakkan di balkoni kediaman tersebut.

“Pemeriksaan turut menemukan dua plastik berisi ketulan mampat dipercayai ganja seberat 214 gram di bahagian dapur,” katanya ketika sidang media di IPD Petaling Jaya pada Jumaat.

Mohamad Fakhrudin berkata, keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM10,700.

“Pemeriksaan dijalankan menemukan tiga pokok ganja di dalam satu almari kain berwarna hitam. Polis juga menemui 13 lagi pokok ganja di sebuah bilik dan satu pasu yang diletakkan di balkoni kediaman tersebut.

“Pemeriksaan turut menemukan dua plastik berisi ketulan mampat dipercayai ganja seberat 214 gram di bahagian dapur,” katanya ketika sidang media di IPD Petaling Jaya pada Jumaat.

Mohamad Fakhrudin berkata, keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM10,700.”Selain itu polis turut merampas sebotol cecair pemusnah serangga, satu alat pengukur kandungan PH air, satu alat penyukat suhu.

“Turut dirampas tiga lampu grow light, dua lampu LED, dua lampu limpah serta satu alat menyiram tanaman, selain itu turut disita sebuah kereta jenis Toyota Wish serta wang tunai,” katanya.

“Selain itu polis turut merampas sebotol cecair pemusnah serangga, satu alat pengukur kandungan PH air, satu alat penyukat suhu.

“Turut dirampas tiga lampu grow light, dua lampu LED, dua lampu limpah serta satu alat menyiram tanaman, selain itu turut disita sebuah kereta jenis Toyota Wish serta wang tunai,” katanya.

Menurutnya, siasatan dijalankan turut mendapati suspek telah terlibat selama 10 tahun dalam penyalahgunaan dadah ini.

“Hasil ujian saringan awal mendapati suspek positif dadah jenis THC.

“Suspek juga mempunyai sejarah terlibat dengan penagihan dadah hampir 10 tahun dan terlibat dengan penanaman pokok ganja selama dua bulan,” katanya.

Tambahnya, suspek direman tujuh hari untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6B akta yang sama,” katanya.

Tamat