Kehebatan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, JSJN tidak dapat disangsi lagi apabila, berjaya merampas 1.33 tan dadah jenis ganja bernilai RM RM3.33 juta baru-baru ini.

Sindiket yang turut didalangi oleh ahli perniagaan berprofil tinggi itu akhirnya tewas apabila digempur pilah polis dalam empat serbuan berasingan di Subang Jaya, Rawang dan Semenyih antara pukul 4.40 petang hingga 11 malam, Khamis lalu.

Menerusi sebuan berkenaan turut menahan tiga lagi suspek yang kesemuanya berusia 23 hingga 46 tahun.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, berdasarkan siasatan mendapati bekalan dadah itu diperoleh dari Thailand untuk dipasarkan sekitar Selangor dan Johor.

Katanya, menerusi penangkapan itu didapati kesemua suspek lelaki itu merupakan ahli perniagaan, dua penganggur dan seorang penghantar barang.

“Kita turut merampas dadah seberat 1.33 tan itu yang dianggarkan bernilai RM3.33 juta di stor sindiket berkenaan.

“Sekiranya bahan haram itu terlepas di pasaran boleh digunakan oleh seramai 2.5 juta penagih dadah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Kata beliau, polis turut menyita pelbagai aset sindiket berjumlah RM331,900 mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.

Ayob Khan berkata, sindiket aktif sejak Januari lalu dan saringan awal mendapati seorang daripada suspek positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC) dan mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah.

“Kita sedang mengenal pasti dalang dan saki baki ahli sindiket yang masih bebas.

“Kesemua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 31 Mac ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya. –

Tamat