Bergurau biar ada batasnya, terutamanya sekiranya melibatkan isteri seseorang, ini kerana isteri merupakan maruah kepada suami.

Pengajaran ini yang diberikan oleh Will Smith kepada Chris Rock dalam acara Academy Awards apabila secara langsung mengejek rambut Jada Pinkett yang mengalami masalah Alopecia iaitu keguguran rambu

t.Chris atau nama sebenarnya, Christopher Julius Rock berjenaka tentang Jada mempunyai potensi untuk berlakon dalam filem G.I. Jane disebabkan kepala botaknya yang sesuai dengan karakter filem berkenaan namun jenaka tersebut membuatkan Will naik angin.

Will yang tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik untuk filem King Richard naik ke atas pentas dan melempang Chris kerana tidak berpuas hati dengan mulut celuparnya.

Disebabkan insiden tidak dijangka tersebut, siaran langsung Academy Awards yang dipancarkan menerusi saluran Showcase Movies (Astro 413) tergendala seketika di Malaysia.

“Tolong jangan sebut nama isteri saya di celopar kamu,” teriak Will atau nama lengkapnya, Willard Carroll Smith II selepas tangannya ‘terbang’ di wajah Chris.

Sekadar info, isteri Will, iaitu Jada menderita masalah keguguran rambut kronik atau alopecia yang didedahkan kepada umum sejak hujung tahun lalu

Tamat