Biarpun diundang kontroversi selepas menampar Chris Rock yang mempersendakan isterinya, Will Smith tetap tampil hebat apabila diundang ke pentas Academy Awards sebagai Pelakon Lelaki Terbaik, dan menerima anugerah Oscar pertamanya.

“Saya tahu apa yang kita buat kadangkala akan membuatkan orang bercakap mengenai kita.

“Dalam bidang ini, kita kena berdepan dengan situasi apabila orang tidak hormat kepada kita dan kita terpaksa senyum saja,” katanya.

“Ketika kita berada dalam zaman kegemilangan, ketika itulah ‘syaitan’ akan datang kepada kita,” katanya.

Tamat