Bagi memastikan sumber air yang ada kini selamat diminum satu Akta Undang-Undang Air Minum Yang Selamat dikuatkuasakan oleh dua kementerian, Kementerian Alam Sekitar Dan Air (KASA) serta Kementerian Kesihatan.

Menteri Alam Sekitar Dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya telah berbincang mengenai hal berkenaan dengan Kementerian Kesihatan rang undang-undang yang sedang dirangka itu.

“Telah ada perbincangan (rang undang-undang). Air minuman ini memang di bawah kawalan KKM sebelum ini.

“Cuma dia belum diwujudkan akta supaya sebarang elemen yang boleh menimbulkan pelanggaran pencemaran boleh ambil tindakan di bawah KKM bukan KASA,” katanya tadi.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penutup Program ‘Sustain The World Virtual Camp 2022’ (STWVC 2022) dan Majlis Pelancaran Rakan Alam Sekitar 2.0 di Dewan Sri Budiman UiTM Shah Alam, di sini.

Menurutnya beliau berkata walau bagaimanapun, pengurusan air selain air minuman berada di bawah tanggungjawab jabatan bekalan air di seluruh negara.

“Operator air di setiap negeri bertanggungjawab untuk merawat air sebelum dihantar kepada pengguna. Tetapi soal status air minuman itu memang di bawah kawalan Kementerian Kesihatan sebelum ini pun.

“Cuma kita beroperasi bersama dengan kementerian itu,” katanya.

Tamat