Ramai peminat bola sepak tanah air terkejut, apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membuat percubaan rembatan jarak jauh ‘voli’ terus ke gawang gol lawan veteran PDRM.

Rata-rata yang menonton video berkenaan memberikan komen positif terutamanya terhadap skill dan kecergasan Sanusi dengan berbagai aksi di padang.

Individu berusia 48 tahun tersebut itu juga membuktikan dirinya mempunyai sentuhan gol apabila turut membantu menjaringkan gol kemenangan pasukan veteran MB Kedah mengatasi pasukan lawan 1-0 di Stadium Darul Aman.

Perlawanan tersebut diadakan sempena Majlis Perasmian Penutup Piala Ketua Polis Kedah 2022 sempena Peringatan Hari Polis ke-215.

Sementara itu, Muhammad Sanusi menerusi Facebooknya berkata, beliau masih lagi mewakili Kedah walaupun diberikan jersi yang tidak melambangkan identiti negeri tersebut.

“Saya masih Kedah walaupun depa (mereka) bagi jersi biru merah,” tulisnya.

Tamat