Segelintir pihak hotel di sekitar Mekah dan Madinah dipercayai masih enggan beroperasi menyebabkan kerajaan Arab Saudi belum membuat penepatan kuota haji bagi jemaah untuk musim tahun ini.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata, ketika ini masih banyak hotel-hotel di negara berkenaan belum beroperasi ekoran pandemik Covid-19.

Menurutnya keadaan itu menyebabkan tiada jaminan boleh diberikan sama ada kuota haji dikekalkan atau lebih banyak bagi jemaah Malaysia mahupun negara lain.

“Dalam pertemuan saya dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Tawfiq Fawzan Al-Rabiah di Arab Saudi baru-baru ini, isu berkaitan kuota jemaah haji merupakan antara perkara yang dibincangkan.

“Memang itu pun harapan dan permintaan kita (kuota ditingkatkan), namun mereka juga mempunyai kekangan seperti penginapan,” katanya selepas menyampaikan bantuan kepada 21 keluarga mangsa banjir dan ribut di Dewan Dato’ Ahmad Said di Sungai Rokam di sini hari ini.

Pada masa sama, kerajaan melalui Lembaga Tabung Haji (TH) telah melakukan persediaan rapi termasuk rundingan bersama pengusaha hotel di sana dari segi tempahan penginapan sekiranya mendapat pertambahan kuota. –

Tamat