24 March lalu satu keadaan cukup memalukan dimana 32 ahli Parlimen kerajaan yang tidak hadir ke sidang Dewan Rakyat pada Rabu ketika undi belah bahagi dijalankan.

Ini sekali gus memberi pandangan buruk buat imej mereka kerana dilihat seakan makan gaji buta setelah menerima amanah daripada rakyat.

Menerusi satu hantaran di media sosial Facebook selain tidak hadir ada juga yang dilihat masuk lambat ke dalam sidang berkenaan antaranya Gombak (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali), Padang Besar (Datuk Zahidi Zainol Abidin) dan Ketereh (Tan Sri Annuar Musa).

Disiplin yang ditunjukkan oleh pemimpin politik kini amat memalukan, seakan pelajar di sekolah, mungkin perlukan pengawas yang mencatat nama siapa yang hadir mahupun lewat, dan perlukan guru untuk merotan ahli-ahli Parlimen ini dikhalayak ramai.

Mungkin cara ini dapat mendispilin ahli Parlimen culas ini, sekiranya pelajar dapat dididik dengan cara rotan, apatah lagi ahli Parlimen yang dibayar gaji oleh rakyat.

Antara lain yang tidak hadir adalah Parlimen Pekan, Bagan Datuk, Pontian, Putrajaya, Marang, Pasir Mas, Pasir Puteh dan Pagoh.

Akibat ketidakhadiran ahli Parlimen kerajaan itu juga menyebabkan usul berkaitan Subseksyen 4 (5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) berjaya ditolak pembangkang.

Tamat