Peminat sukan bolasepak Afrika tidak mempunyai semangat kesukanan yang tinggi apabila sengaja memilih untuk jalan kotor bagi menang.

Tindakan penyokong Senegal menyerang pemain Mesir terutamanya Mohamed Salah menggunakan pancaran laser di mata merupakan perbuatan tidak bertamadun.

Akibat serangan laser berkenaan penyerang itu melakukan tendangan yang tinggi ketika Mesir tewas 1-3 kepada Senegal menerusi penentuan sepakan penalti pada kelayakan Piala Dunia 2022, pagi tadi.

Kedua-dua pasukan terikat secara agregat 1-1 selepas gol sendiri Hamdi Fathi pada minit keempat membolehkan Senegal menang 1-0 di Stade Me Abdoulaye Wade.

Mesir sebelum ini menumpaskan Senegal 1-0 dalam perlawanan pertama di Kaherah, minggu lalu.

Ketika saingan memasuki peringkat paling kritikal dengan tiket Piala Dunia menjadi taruhan, penyokong Senegal melakukan apa sahaja untuk mengganggu fokus pemain Mesir.

Pancaran laser berwarna hijau disasarkan ke muka bintang-bintang Mesir, terutama Salah, penjaga gol, Mohammed El Shenawy dan Mahmoud ‘Trezeguet’ Hassan sepanjang perlawanan.

Keadaan menjadi semakin buruk ketika saingan memasuki penentuan sepakan penalti, di mana Salah menjadi pengambil pertama.

Salah yang jelas terganggu dengan ‘serangan’ laser penonton tuan rumah melakukan tendangan tinggi yang membawa kepada kekalahan Mesir, sekali gus gagal melayakkan diri ke Piala Dunia 2022 di Qatar.

Rakan sepasukannya di Liverpool, Sadio Mane sebaliknya menyempurnakan penalti buat Senegal untuk membawa negara itu ke Piala Dunia.

Tamat