“Kenyataan menghina dan memperlekeh golongan B40 adalah tidak wajar dibuat oleh mana-mana pihak,” itu kata Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Se-Malaysia, Rasydan Mohd Hassan.

Ia berikutan satu kes video viral tindakan seorang pensyarah menghina pelajarnya yang dikatakan daripada golongan B40 sebagaimana dalam video tular hari ini.

“Sejarah UiTM dibina untuk membantu mahasiswa Melayu dan bumiputera untuk mendapatkan pendidikan diperingkat tertinggi.

Sebelum ini, laman Facebook rasmi milik UiTM menjadi sasaran warga maya melepaskan kemarahan susulan tular rakaman pensyarah yang didakwa menghina pelajar golongan B40.

Rasydan turut mendesak seluruh keluarga MPP UiTM dan pengurusan tertinggi universiti membuat siasatan dan mengambil tindakan kerana pensyarah tersebut telah merosakkan imej universiti.

“Pensyarah itu perlu memahami keadaan negara yang berdepan situasi pandemik yang menyebabkan semua rakyat Malaysia menghadapi keadaan ekonomi tidak stabil,” katanya.

Tambahnya lagi, manifestasi yang sering disuarakan oleh pihak pengurusan bahawa mahasiswa adalah tonggak universiti perlu dizahirkan dengan mengambil tindakan tegas kepada pensyarah tersebut dan kepada sesiapa yang berkelakukan yang sama.

Tamat