Terkejut mendengar reaksi penyanyi, juga komposer terkenal Yassin Sulaiman selepas ditahan pihak berkuasa ketika tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya di sini, jam 10 pagi tadi untuk didakwa kerana disyaki memiliki dadah dan menanam pokok ganja.

“Kirim salam pada YB Syed Sadiq, minta dia segerakan kelulusan kanabis untuk perubatan di Parlimen,” itu kata Yassin sebelum dibawa masuk ke dalam bilik mahkamah.

Penyanyi berkenaan turut mahu Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk membawa perkara perubatan kannabis bagi tujuan perubatan.

Yassin kelihatanya begitu tenang, walaupun didakwa mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 6B Akta Dadah berbahaya yang boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati mandatori.

Yassin dihadapkan ke mahkamah kerana disyaki mengusahakan ‘ladang mini’ tanaman ganja di kediamannya di Kota Damansara.

Tamat