Islam amat menggalakkan amalan bersedekah terutamanya apabila menjelam bulan Ramadhan, itu yang dilakukanya oleh Menteri Besar Kelantan apabila memberi perkhidmatan air percuma kepada semua rakyatnya.

Apa yang pasti setiap rakyatnya bakal bersorak gembira menerima berita baik ini yang dianggap sebagai buah tangan sempena menyambut kedatangan bulan mulia berkenaan.

Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob pengecualian bayaran bil air kepada pengguna di Kelantan tetapi hanya melibatkan bil yang tidak melebihi RM30 sebulan sepanjang Ramadan.

Program berkenaan membabitkan 146,660 akaun pengguna yang membabitkan kos sebanyak RM3 juta.

“Kita akan menghadapi bulan Ramadan beberapa hari sahaja lagi. Sempena Ramadan, kerajaan negeri melihat perlunya sepanjang Ramadan untuk bagi pengguna yang menggunakan khidmat AKSB tidak lebih RM30 sebulan dikecualikan bayaran dalam tempoh sebulan.

“Ia membabitkan 146,660 penggunaan akaun dengan kos keseluruhan sebanyak RM3 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat pengumuman pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Kota Bharu, baru-baru ini.

Tamat