Wayang permainan Zionis Israel tidak pernah berhenti terutamanya menjelang Ramadhan. Seperti tahun-tahun sebelumnya tenteranya sengaja menembak maut tiga warga Palestin bagi mencetuskan ketegangan di Tebing Barat.

Pada Jumaat, seorang pemuda Palestin berusia 29 tahun dilaporkan mati ditembak ketika insiden pertempuran di bandar Hebron.

Agensi berita Wafa melaporkan mangsa dikenal pasti sebagai Ahmad al-Atrash dan menyertai protes tersebut untuk membantah projek penempatan haram Yahudi malah dia pernah meringkuk dalam penjara Israel selama enam tahun.

Susulan konflik yang semakin meruncing, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dilaporkan telah mengerahkan 12 batalion tambahan ke Tebing Barat sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan peperangan berlarutan selama 11 hari yang tercetus pada Mei tahun lalu daripada kembali berulang.

Tamat