Rumah pangsa kini tidak lagi dianggap selamat walaupun tidak dirempuh kenderaan dibawah namun ianya turut dirempuh sebuah jet.

Bayangkan rumah anda dirempuh jet, satu yang lojik untuk berlaku namun sukar diterima akal, itu yang berlaku di sebuah pangsapuri di Bicester, England, kelmarin.

Cuma yang berbeza juruterbang mempunyai kurang risiko kematian kerana tiada trafik sesak seperti jalan raya dan apabila mampu menggunakan lonjakan kerusi pemandu yang mengeluarkannya dari pesawat sebelum nahas berlaku.

Seorang saksi memberitahu bahawa juruterbang dilihat meluncur turun ke atas bumbung bangunan menggunakan payung terjun.

Polis Lembah Thames berkata, blok rumah pangsa itu kosong dan tiada individu lain yang cedera.

“Pesawat ringan itu merempuh blok pangsapuri yang tidak berpenghuni berhampiran Camp Road di Upper Heyford.

“Juruterbang mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ke hospital. Tiada mangsa lain yang cedera akibat kejadian itu.

“Sesiapa yang mempunyai menyaksikan insiden atau mempunyai rakaman bagaimana ia berlaku diminta menghubungi pihak polis dengan segera,” kata jurucakap Polis Lembah Thames.

Tamat