Hampir semua jemaah mengalirkan air mata kegembiraan dapat melengkapkan solat sunat terawih buat kali pertama selepas 88 tahun di Masjid Hagia Sophia, Istanbul semalam.

Pastinya bercucuran air mata selepas lama masjid berkenaan tidak menerima jemaah yang sebegitu ramai membawa ingatan kepada perjuangan Sultan Muhammad Al-Fateh.

Merujuk kepada fakta sejarah, Hagia Sophia dibina pada tahun 532 Sebelum Masihi (SM), sebelum dijadikan masjid pada 1453 selepas penaklukan Istanbul.

Ia dijadikan sebagai gereja selama 916 tahun dan 86 tahun sebagai muzium. Namun selama hampir 500 tahun, dari 1453 hingga 1934, ia berfungsi sebagai masjid.

Hagia Sophia yang telah dimasukkan ke dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO pada 1985 ini merupakan antara destinasi pelancongan utama Turki dan dibuka kepada pelawat domestik dan asing.

Tamat