Kini Perdana Menteri Pakistan Imran Khan hanya sekadar rakyat biasa apabila Parlimen negara berkenaan telahpun dibubarkan secara rasmi semalam.

“Berikutan pembubaran Perhimpunan Kebangsaan Pakistan oleh Presiden dari segi Perkara 58(1) dibaca bersama Perkara 48(1) perlembagaan Republik Islam Pakistan vide Kementerian Hal Ehwal Parlimen, bertarikh 3 April 2022, Imran Ahmed Khan Niazi tidak lagi memegang jawatan Perdana Menteri Pakistan, berkuat kuasa serta-merta,” .

Berikutan pembubaran Perhimpunan Kebangsaan Pakistan oleh Presiden dari segi Perkara 58(1) dibaca bersama Perkara 48(1) perlembagaan Republik Islam Pakistan vide Kementerian Hal Ehwal Parlimen, bertarikh 3 April 2022, Imran Ahmed Khan Niazi tidak lagi memegang jawatan Perdana Menteri Pakistan, berkuat kuasa serta-merta,” kata kenyataan itu,” menurut sumber daripada Setiausaha Kabinet Pakistan.

Penyingkiran tersebut juga bermaksud bahawa kerajaan sementara atau penjaga sepatutnya menguruskan hal ehwal harian kerajaan.

Bagaimanapun, laporan media tempatan mendakwa tiada perdana menteri interim yang dilantik setakat ini.

Di bawah konvensyen perlembagaan, ketua pembangkang di Dewan Negara biasanya dilantik sebagai perdana menteri interim tetapi beliau tidak lagi memegang jawatan kerana pembubaran dewan rakyat.

Di bawah Perkara 224 Perlembagaan Pakistan, sebaik pemberitahuan dikeluarkan, Imran Khan boleh meneruskan jawatan perdana menteri selama 15 hari sehingga pelantikan perdana menteri interim.

Walaupun Imran Khan terus menjadi perdana menteri selama 15 hari, dia tidak boleh mengambil keputusan yang sepatutnya diambil oleh ketua kerajaan yang dilantik.

Namun begitu, ada laporan yang mencadangkan bahawa Khan telah diberi kebenaran secara tidak rasmi oleh presiden untuk meneruskan tugasnya sebagai perdana menteri.

Ini telah disokong oleh satu ciapan Twitter daripada seorang pemimpin parti Pakistan, Tehreek-e-Insaf Khan yang memberi gambaran bekas bintang kriket itu akan terus berfungsi sebagai perdana menteri.

“Esok petang, Perdana Menteri Imran Khan, Perdana Menteri anda, akan menerima panggilan telefon terus daripada rakyat dan menjawab soalan mereka,” kata pemimpin PTI, Shahbaz Gill tweet dalam bahasa Urdu.

Tamat