“Sukacita diumumkan bahawa Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 dan sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan” itu kata Perdana Menteri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pengumuman itu lantas menggembirakan lebih dua juta penjawat awam dan pesara bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri nanti bermula dari Gred 56 dan ke bawah.

Beliau berkata bantuan berkenaan turut diberikan kepada kakitangan di bawah skim kontrak perkhidmatan dan Kontrak atas Perkhidmatan serta pegawai atas lantikan di bawah program MySTEP.

Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan April iaitu pada 25 April ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan memberi peruntukan RM923 juta bagi manfaatkan lebih dua juta penjawat awam dan pesara.

Ismail Sabri berkata, pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dibuat lebih awal atas keprihatinan kerajaan supaya kakitangan awam dapat membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Aidilfitri.

“Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia.

“Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi,” katanya.

Tamat