Meskipun dalam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan, namun masih ada lagi yang cuma mencemarkannya dengan membeli nombor ekor dengan harapan menjadi kaya.

Perkara itu lantas dipatahkan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dalam Operasi Judi yang turut menahan lelaki warga emas serta 10 yang lain.

Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, kesemua lelaki berusia lingkungan 25 hingga 65 tahun itu ditahan ketika sedang leka membeli nombor ramalan di premis-premis terbabit.

“Penahanan dibuat di bawah Seksyen 26 Enakmen Jenayah (Syariah) Negeri Perak 1992 atas kesalahan berjudi atau berada di premis perjudian.

“Walaupun ada antara mereka memberi helah dan cuba melarikan diri, namun tidak berjaya kerana ditahan semasa berada di dalam premis,” katanya di sini tadi.

Beliau berkata, operasi judi itu antara langkah pencegahan yang dilaksanakan JAIPk untuk mengekang aktiviti perjudian kalangan orang Islam terutama dalam bulan Ramadan.

Tamat