Acap kali Ramadan, rejim Zionis Israel mula bertindak seperti syaitan kelaparan dan setiap kali itulah HAMAS memberi amaran keras.

Terkini HAMAS memberi amaran keras kepada rejim Zionis supaya menghentikan segera tindakan kekerasan terhadap rakyat Palestin di Baitulmaqdis Timur, terutamanya umat Islam yang berkumpul di pekarangan Masjid al-Aqsa sepanjang bulan Ramadan.

Pegawai kanan Hamas, Ismail Rezvan berkata, pihak berkuasa Israel sepatutnya berhenti ‘menguji kesabaran’ barisan penentang dan penduduk Palestin yang semakin menipis atau berhadapan tindakan balas.

Beliau berkata demikian bagi mengulas serangan tentera Israel terhadap penduduk Palestin yang berkumpul di Bab al-Amoud atau Pintu Damsyik sebagai persediaan untuk berbuka puasa selama tiga malam berturut-turut.

Pintu Damsyik adalah salah satu pintu masuk utama ke Kota Lama Baitulmaqdis yang digunakan umat Islam untuk menyambut Ramadan.

Sejak awal Ramadan, tentera Israel bertindak memukul serta menahan puluhan penduduk termasuk remaja Palestin serta mengganggu kelancaran solat tarawih di kawasan sama.

“Kami menggesa pihak dan orang tengah untuk menghentikan jenayah rejim Zionis.

“Puak penentang tidak akan berdiam diri sekiranya keganasan tentera Israel berterusan,” katanya.

Tamat