Belum seminggu Ramadan, sudah ada rungutan daripada pihak pengguna berkenaan makanan yang dijual terutamanya aspek kebersihan dan harga.

Terbaru, satu rungutan daripada pengguna yang disuarakan melalui media sosial Twitter Pikashuu apabila membeli rangka ayam goreng sebagai juadah berbuka puasa namun tahap kebersihannya amat mengecewakan.

“Sampainya hati jual dekat orang yang puasa macam ni.😭
Abah ada beli rangka ayam RM5 dekat bazaar. Bila nak berbuka tu, terkejut tengok dalam rangka tu penuh isi perut ayam. Tak siang ke? Tengokla pedal pun tak cuci. Semata rangka celup tepung,” katanya

Bayangkan rangka ayam goreng berkenaan seakan tidak dibasuh apabila turut menemui isi perut ayam didalamnya pastinya jijik dan kotor untuk dimakan.

Menurut gadis berkenaan walaupun hanya berharga RM 5, namun sebolehnya peniaga harus jujur bukannya hanya sekadar mahu mengambil kesempatan serta keuntungan mudah.

Tamat