Janda warga Vietnam, Nyuyen Thi Tuyen,39 menjadikan negara ini sebagai hub mencari lelaki berhidung belang bagi mendapatkan wang untuk aktiviti pelacuran mereka didenda RM 3,500 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh semalam.

Majistret Nabihah Mohd Noor menjatuhkan hukuman itu terhadapnya, yang mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan.

Walaubagaimanapun Slsekiranya gagal membayar denda, mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara selama lima bulan.

Tertuduh didapati mencari langganan bagi maksud persundalan di Blok B2, Jalan Abadi 1, Taman Malim Jaya, pada 23 Februari lalu, jam 9 malam.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 372 B Kanun Keseksaan, memperuntukkan penjara selama setahun atau denda atau kedua-duanya.

Semasa rayuan peguam Loong Meng Si memohon mahkamah mempertimbangkan pengakuan bersalah tertuduh menjimatkan masa dan kos mahkamah.

Katanya, tertuduh melakukan pekerjaan itu kerana terdesak untuk mendapatkan wang untuk dikirimkan kepada ibunya yang menjaga dua anaknya berusia 10 dan 11 tahun di Vietnam.

“Tertuduh rasa bersalah selepas didakwa dan saya memohon hukuman denda paling minimum dikenakan,” katanya.

Tamat