“Pihak Lembaga Tabung Haji (TH) akan segera memaklumkan kepada saya apabila kuota haji bagi negara kita dimaklumkan oleh pihak kerajaan Arab Saudi sedikit masa lagi,” itu kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad melalui laman Facebook beliau semalam.

Menurutnya lampu hijau yang dinyalakan oleh kerajaan Arab Saudi itu cukup memberi makna kepada semua umat Islam setelah dua tahun menanti terutamanya umat Islam di Malaysia.

“Pastinya berita ini benar-benar menggembirakan semua umat Islam yang telah menantikan dengan penuh sabar untuk melaksanakan ibadah rukun Islam kelima ini.

Idris berkata, TH juga telah bersiap sedia untuk memastikan segala kelancaran ibadah haji kepada bakal-bakal jemaah Malaysia.

“Kita hanya tinggal untuk mendapatkan kuota dan segalanya pasti akan dijalankan dengan paling baik,” katanya.

Tamat