Dua wanita Palestin gugur syahid selepas dibunuh akibat ditembak secara kejam oleh tentera rejim Israel semalam dalam kejadian berasingan di sekitar kawasan Tebing Barat.

Kementerian kesihatan Palestin menyifatkan insiden terbabit menyusul selepas seorang lelaki Palestin dibunuh tentera Israel dalam apa yang dikatakan penduduk tempatan sebagai konfrontasi dengan pembaling batu berhampiran bandar Bethlehem di Tebing Barat.

Pertumpahan darah itu hadir ketika permulaan Ramadan yang mulia, apabila keganasan Israel-Palestin yang meletus sebelum ini dan pada Mei, mengundang kepada perang 11 hari antara pejuang Gaza dan Israel.

Beberapa jam kemudian, seorang wanita Palestin ditembak mati di sempadan separa tentera di Hebron, di luar Makam Patriark, yang digelar umat Islam sebagai masjid al-Ibrahimi.

Keganasan pihak rejim Zionis meruncing apabila lebih 20 rakyat Palestin, dibunuh tentera Israel sejak Januari, manakala rakyat Palestin melaporkan peningkatan keganasan oleh peneroka Israel di Tebing Barat.

Seorang pegawai kanan Palestin, Hussein al-Sheikh, berkata peluasan penempatan Israel di tanah yang diduduki yang dimahukan rakyat Palestin untuk sebuah negara dan lawatan oleh orang kanan Israel ke perkarangan masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, mengundang kepada peningkatan keganasan.

Tamat