Patutlah kebanyakkan sungai di Pulau Pinang tidak boleh digunakan untuk sumber minuman, ianya kerana ada sesetengah pihak yang membuang sisa ladang babi melaluinya.

Tindakan pantas Menteri Alam Sekitar Dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengikuti hantaran di Facebook PenangToday Community dapat mengenal pasti ladang babi yang mencemarkan alam sekitar.

Menurutnya belia, ia berkenaan usu berkaitan pencemaran Sg Gertak Sanggul di George Town, Pulau Pinang.

“Saya telah meminta Jabatan Alam Sekitar KP JAS untuk meneliti dan memberi maklum balas berhubung aduan tersebut.

“JAS telah menjalankan siasatan pada 8 April lalu dan mendapati dua (2) ladang ternakan babi masih beroperasi di Mukim 8, Gertak Sanggul.

“Ketika siasatan dilakukan, terdapat pelepasan air sisa daripasa ladang ternakan babi ke dalam sungai. Aduan tersebut berasas. Penternak memaklumkan akan menutup operasi dalam tempoh 3-6 bulan,” katanya.

Oleh itu KASA melalui JAS akan terus memastikan tiada lagi sebarang operasi di ladang berkenaan kerana mencemarkan sumber air.

“Sebagai langkah cepat KASA menerusi JAS telah menubuhkan Pasukan Petugas Pencemaran Sg Kereh daripada Pengoperasian Ladang Ternak Khinzir di Kg Selamat pada Oktober 2020. Ia dianggotai oleh pelbagai agensi termasuk Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang (JPVPP).

“Aktiviti ladang penternakan babi di Pulau Pinang dikuatkuasa oleh JPVPP melalui Enakmen Penternakan Babi Pulau Pinang 2016 dan Peraturan-Peraturan Pelesenan Penternakan Babi (Pulau Pinang) 2020.

“Disyorkan agar aduan ini dirujuk kepada JPVPP. Ladang yang masih beroperasi akan ditutup dalam masa terdekat, diselia oleh JPVPP dan MBPP. JAS akan terus memantau kualiti air marin menerusi stesen pemantauan sedia ada di Gertak Sanggul,” katanya.

Tamat