Kes akibat tiada penyelenggaraan bangunan mahupun fasiliti keselamatan kindly kerap kali terjadi sehingga ada yang meragut nyawa.

Terbaru seorang remaja lelaki maut akibat dihempap lif pengangkut barang di sebuah pasar raya di Jalan Sultan Iskandar, Bintulu semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, pasukan bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 5.21 petang.

Menurutnya, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di tempat kejadian, kita mendapati mangsa lelaki yang merupakan pekerja di pasar raya terbabit tersepit di dalam lif barangan gudang.

“Susulan itu, bomba bertindak mengeluarkan lelaki yang berusia 18 tahun itu namun mangsa telah disahkan mati oleh pihak perubatan yang hadir di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba mengambil masa selama satu jam bagi mengeluarkan mayat mangsa yang terletak di tepi lif pengangkut barang berkenaan sebelum dialihkan ke tempat selamat.

Mayat kemudianya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Bintulu bagi tujuan bedah siasat.

Tamat