Elok boleh puasa di rumah, sengaja mahu mencari suasana bagi berpuasa di lokap itu yang boleh dikatakan selepas melihat satu video seorang sekumpulan lelaki dewasa bermain meriam karbaid di tepi jalan tanpa mempedulikan keadaan kereta yang sedang lalu lalang.

Perlakuan berkenaan seakan mahu menularkan kegiatan bahaya berkenaan dengan satu video yang diedit membuatkan pihak polis telahpun mengesan beberapa individu yang bermain meriam karbaid di tepi Jalan Permatang Rawa, Bukit Mertajam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, pihaknya mengesan video berdurasi 2 minit 20 saat itu yang menunjukkan sekumpulan lelaki dewasa sedang bermain meriam berkenaan di laman sosial Twitter.

“Video itu memaparkan mereka bermain meriam karbaid di tepi jalan raya dan membuat gangguan bising kepada penduduk.

“Polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan suspek yang terlibat dalam video itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, polis menasihati orang ramai agar tidak bermain meriam karbaid sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kerana ia merupakan kesalahan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Tamat